Pages

Wednesday, 20 February 2013

Amazing Swirling Star

Posted by Jade at 01:02 0 comments
Assalamualaikum...


Hello! Today I wanna share something amazing. Retype, AMAZING.


Have you ever seen the image of swirling star


Langit sentiasa menunjukkan fenomena menakjubkan semenjak beribu tahun dahulu. Antaranya, auroramiragehalo, arcs dan moonbow adalah antara yg hangat diperkatakan, mungkin sebab fenomena ni jarang berlaku tapi nasib baik imej fenomena di atas berjaya dirakamkan.

 Aku fikir mungkin peribahasa "langit tak selalu cerah" boleh diganti dengan "langit tak selalu ada swirling star" tak pun "langit tak selalu ada aurora". Muaahaha....


Auroras



Mirages



Halo



Circumhorizontal Arc



Moonbow



And the main character in this entry is.......


Swirling star by Anton Jankovoy from Mount Everest in the Himalayaas


Gambar di atas diambil oleh fotografer Anton Jankovoy setelah menghabiskan masa sebulan berada di kaki puncak tertinggi dunia iaitu Gunung Everest. Fenomena menakjubkan ini dikatakan kelihatan seperti "Artex Paint" yang indah.



Artex Paint


Anton Jankovoy 23,dari Zhytomyr Ukraine menunggu masa dan saat yang sesuai untuk mengambil imej swirling star ni. Setelah hampir 3 tahun, akhirnya dia berjaya merakam imej ini. Wow..

Dia mengambil gambar ini menggunakan kamera EOS 5D Mark II dengan lens 24mm dan shutter kameranya dibiarkan selama beberapa jam. Tiba tiba aku rasa ada semangat menyerbu masuk kedalam jiwa utk snap gambar swirling star. Puiihh...ia cumalah angan dalam sedarku.



Peaks including the Annapurna South and Hiunchuli can be seen in this spectacular image which took hours to capture and expose.



Photographer: Anton Jankovoy
'It has taken a lot of dedication and patience but the result has been worth it.'
Read more: http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-1362600/Kaleidoscope-sky-The-swirling-star-trail-taking-centre-stage-high-Mount-Everest.html#ixzz2LMgBRZuA 
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook


*p/s: I do love landscape photography. Berliur tengok gambar landskap. Fengsan!! Melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT pun boleh dapat pahala.

 Remember, the best camera is the one that's with you. 



Sekian...
Happy reading and thank you! :)



Sunday, 17 February 2013

Supplemen makanan?

Posted by Jade at 01:31 0 comments
                                                           Assalamualaikum...



Hello...Hi!  :)

  Agak berhabuk belog ini disebabkan big boss belog ini dah lama tak mengupdate entry di belog beliau. Adakah beliau sudah berputus asa dalam dunia blogging? Si big boss belog ini pun berkata, "kalau guwa dah give up, dah lama guwa delete ini belog ..." katanya.
Apa yang aku mengarut sampai satu perenggan ni? wkwkwk..


AMARAN: Perenggan di atas tidak ada kena mengena dengan tajuk. Sila abaikan.


Recently, aku selalu terlihat di layar perak erkk.. I mean di kaca tv mahupun di dadadada (tanda - adalah invisible) akhbar mengenai supplement atau makanan tambahan. Dah makin popular dah supplemen2 ini sekarang. Jenama pelik2 pun ada uolls. dulu yang aku kenal brand DCL kot. Punyalah ketinggalan zaman. Apa ang duduk di zaman batu ka Asffa? 



Yes, I'm talking about this DCL.   
                                                                                                        
                                                                                              



Tapi sejak akhir-akhir ni, dah byk brand dah keluaq, nak tegeliat lidah guwa nak sebut satu satu. Neelofa pun dah ada produk jugak. Tapi, aku rasa yang paling femes mestilah Kak Ton. Did u know Kak Ton? Alah, yang ini laa...



(ihsan google)


Kak Ton ni siap ada iklan kat tv lagi, dialog yang paling aku ingat giler giler adalah



"Tengok Kak Ton, comey tak?"

"Comey Kak Ton!!!"



Speechless guwa.




Ok. Aku ada terbaca definisi supplemen ni  and aku juga ingin membangkit beberapa isu pasal menatang ni.  Let's cekidaut yo!  Bhahaha.....ayat serius gila.


Supplemen makanan merupakan persiapan yang dimaksudkan untuk melengkapi diet dan memberikan nutrisi  , seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak atau asid amino yang mungkin hilang atau tidak boleh digunakan dalam jumlah yang cukup dalam diet seseorang.

dan juga ini....

Makanan tambahan menurut USFDA ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan muneral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba.





So....apa yg aku dapat pasal supplemen ni..(this is only my opinion)



Apa fungsi supplemen ni sebenarnya?

Sebagai makanan tambahan untuk mengurangkan masalah kesihatan tertentu sakit lutut bg orang tua, melicinkan,menghalus dan memutihkan kulit and many more la.


Kebaikan?

Of course la banyak. Contohnya orang yang sakit terlantar kat katil in few months makan supplemen dah boleh berjalan, mengurangkan cholestrol dalam darah, menengangkan kulit, menghapuskan jerawat dan banyak lagi. Ni aku tengok berdasarkan testimoni pengguna supplemen. Hmm..quite interesting.


Keburukan?

Jika diambil secara berlebihan dalam jangka masa yang panjang, akan memudaratkan kesihatan. Selalunya kena kidney damage, kromium pikalinat yg boleh sbbkan kanser. vit c, kalsium and zat besi pun akan meninggalkan kesan walaupun diambil dalam jangka masa pendek.

In addition, Agensi Piawaian Makanan (FSA) di Britain menyatakan, vitamin C yang diambil lebih 1000 mg dan kalsium 1500 mg sehari boleh menyebabkan kesakitan pada abdomen dan cirit-birit.
Begitu juga dgn Vitamin B6, pengambilan melebihi 10 mg sehari hanya dibolehkan sekiranya mendapat nasihat doktor.
Secara umum menurut Prof Dr Abu Bakar Majeed (dekan fakulti farmasi uitm), dari perspektif dunia perubatan, makanan tambahan hanya diperlukan apabila seseorang itu sakit atau didiagnosis doktor menghidap masalah kesihatan tertentu.
Sebagai contoh, individu terbabit mungkin mengalami masalah kekurangan darah.
"Golongan ini akan diberi makanan tambahan dalam bentuk cecair seperti protein, kacang soya dan sebagainya dimasukkan ke dalam tubuh seseorang secara terus melalui intravena," jelasnya.







So, kena remember laa. Fikir dulu sebelum mengambil supplemen.
Dalam islam pun ada supplemen jugak, seperti madu, kurma, habbatus sauda dan air zam-zam.





#notakaki: Hohoho..ntah kenapa tiba tiba hari ni nak buat entry pasal makanan tambahan. By the way, ni just MY HUMBLE OPINION.  Take it easy bebeh!.  Ada sikit tu tapau dari google la. Teehee!




Sekian.....
Happy reading and thank you! :)






Thursday, 7 February 2013

Sikap pengguna jalan raya yg tak sopan.

Posted by Jade at 23:57 0 comments
Assalamualaikum..!





Mood marah ni. Kau tengok, bagi salam pun letak tanda seru! Marah sangat ni. Bahahah! 
Aku pelik kenapa ramai orang yang berkelakuan kurang sopan semasa berada di jalan raya.. You know, guna jalan raya macamlah itu jalan sendiri punya. So annoying. So, di bawah ni ada beberapa sikap pengguna jalan raya yang tak sopan. Sila terasa sebab bila terasa baru anda akan sedar. 



1) TAK PASANG LAMPU SIGNAL (Sayang bateri ke?)





Tak kiralah semasa hendak menukar lorong atau nak masuk simpang, mesti ada pengguna jalanraya yang tak pasang signal. Habis tu, apa guna lampu signal? Baik kau cabut lampu signal tu. Sangat berbahaya kalau tak pasang signal, kalau kau sorang yang accident xpa,tapi kalau melibatkan orang lain? Sila fikir!





2) BUANG SAMPAH KELUAR DARI KENDERAAN





    Yang ni aku suka
                                                    


Ini lagi satu sikap pengguna jalanraya. Buang sampah sesuka hati macamlah sampah tu boleh lupus dalam masa beberapa hari. Tabiat ini boleh memudaratkan alam sekitar dan jugak orang lain. Kalau bandar kotor, kau marah pulak then terus tuduh pendatang asing yang buat kotor. Lainlah kalau kau buang sampah yang boleh terurai dgn mudah dan cepat macam taik idung.



3) SUKA MENYELIT
Ini khas bagi motosikal lah. Suka menyelit, kalau orang TERlanggar sibuk nak minta bayaran tinggi tak masuk akal padahal salah sendiri. Memang lah kadang-kadang pemandu tak nampak sebab ada blind spot.


4) LAMPU TINGGI MEMANJANG



I think, kalau di lebuhraya tak ada masalah. Tapi kalau bukan di lebuhraya tu yang masalah. Pasang lampu tinggi sehingga menyebabkan kereta yang berlawanan arus tak nampak. Ni memang nak kena penyepak. 




5) BAWAK KERETA SANGAT PERLAHAN


Bawak kereta sangat slow macam siput padahal takda benda pon kat depan dia. Cis! Tak fikir orang lain ada hal, emergency or lambat ke sesuatu even kah. Ada jugak bawak slow tapi dia berada di lorong kanan. Oh man! Sondol nanti baru tau!




Sekian...
Happy reading and thank you!





Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting