Pages

Thursday, 7 February 2013

Sikap pengguna jalan raya yg tak sopan.

Posted by Jade at 23:57
Assalamualaikum..!





Mood marah ni. Kau tengok, bagi salam pun letak tanda seru! Marah sangat ni. Bahahah! 
Aku pelik kenapa ramai orang yang berkelakuan kurang sopan semasa berada di jalan raya.. You know, guna jalan raya macamlah itu jalan sendiri punya. So annoying. So, di bawah ni ada beberapa sikap pengguna jalan raya yang tak sopan. Sila terasa sebab bila terasa baru anda akan sedar. 



1) TAK PASANG LAMPU SIGNAL (Sayang bateri ke?)





Tak kiralah semasa hendak menukar lorong atau nak masuk simpang, mesti ada pengguna jalanraya yang tak pasang signal. Habis tu, apa guna lampu signal? Baik kau cabut lampu signal tu. Sangat berbahaya kalau tak pasang signal, kalau kau sorang yang accident xpa,tapi kalau melibatkan orang lain? Sila fikir!





2) BUANG SAMPAH KELUAR DARI KENDERAAN





    Yang ni aku suka
                                                    


Ini lagi satu sikap pengguna jalanraya. Buang sampah sesuka hati macamlah sampah tu boleh lupus dalam masa beberapa hari. Tabiat ini boleh memudaratkan alam sekitar dan jugak orang lain. Kalau bandar kotor, kau marah pulak then terus tuduh pendatang asing yang buat kotor. Lainlah kalau kau buang sampah yang boleh terurai dgn mudah dan cepat macam taik idung.



3) SUKA MENYELIT
Ini khas bagi motosikal lah. Suka menyelit, kalau orang TERlanggar sibuk nak minta bayaran tinggi tak masuk akal padahal salah sendiri. Memang lah kadang-kadang pemandu tak nampak sebab ada blind spot.


4) LAMPU TINGGI MEMANJANG



I think, kalau di lebuhraya tak ada masalah. Tapi kalau bukan di lebuhraya tu yang masalah. Pasang lampu tinggi sehingga menyebabkan kereta yang berlawanan arus tak nampak. Ni memang nak kena penyepak. 




5) BAWAK KERETA SANGAT PERLAHAN


Bawak kereta sangat slow macam siput padahal takda benda pon kat depan dia. Cis! Tak fikir orang lain ada hal, emergency or lambat ke sesuatu even kah. Ada jugak bawak slow tapi dia berada di lorong kanan. Oh man! Sondol nanti baru tau!




Sekian...
Happy reading and thank you!





0 comments:

Post a Comment

Be nice, be yourself. Rude people suck.

Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting