Pages

Sunday, 10 March 2013

One of my favourite thing.....

Posted by Jade at 09:30
Assalamualaikum...


Hello..hi!



Nak dijadikan cerita, masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu dimomokkan dengan angkasa lepas. Eh! Kenapa ayat aku macam gantung ni. Hewhew... Macam mana nak kenal buruj di angkasa, tengok bintang, gerhana bulan dan matahari, pelangi (angkasa lepas??), lohong hitam, bima sakti, planet-planet lain,asteroid,meteor,meteorit dan sebagainya. Sejak dari itu, aku pun bercita-cita nak jadi astronout. Oh man! Astronout tuh, kemain lagi cita-cita aku. *tolong jangan gelak guling-guling*


Then, bila Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor (angkasawan pertama Malaysia) berlepas ke ISS pada 10 Oct 2007, masa tu baru aku tau yang negara kita sebelum ni belum ada angkasawan. Dangkalnya ilmu di dada ini. Bhahaha..." Kedangkalan ilmu ni mungkin disebabkan faktor umur yang baru mencecah 13 tahun waktu itu". Tambahku, sebagai alasan..hikhik..

Aku sangat eksaited dengan ilmu-ilmu angkasa ni, sampai aku nak jadi astronout dan dlm masa yang sama nak jadi astronomi. Betapa ambitiousnya aku waktu itu (umur 8 tahun), padahal ilmu tidaklah setinggi mana.. Aku suka menonton National Geographic, apalagi kalau pasal space. Ohsemmnnyyaa! Sebenarnya, sampai sekarang pun aku suka. Kan dah kata tadi, minat ni telah dipupuk sejak kecik lagi. Seperti kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".


Lohong hitam atau black hole berdasarkan pembacaan aku di wikipedia adalah tumpuan jisim dengan medan graviti yang sungguh kuat hinggakan halaju lepasan berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Untuk pengetahuan, kelajuan cahaya adalah 3 × 108 m/s. Ini membayangkan bahawa tiada satu bendapun termasuk cahaya mampu melepasi gravitinya. Istilah "hitam/gelap" digunakan kerana semua cahaya yang sampai ke lohong hitam akan diserap dan tidak dipantulkan.seperti black body dalam termodinamik.   Sekitar lohong hitam ni, ada satu permukaan yang ditakrifkan mathematically and it is called event horizon that marks the point of no return. Istilah lubang gelap digunakan secara meluas walaupun teori itu tidak merujuk kepada sebarang lubang dalam bentuk biasa. 

Masa aku kecik-kecik dulu, aku dengar sahaja nama lohong hitam/black hole/lubang gelap ni pun dah meremang bulu roma sebab tiada satu pun benda boleh melepasinya. Aku punyalah fikir terlalu jauh sampai nak gila. Aku fikir, kalau dah terlekat kat black hole, then di mana kesudahannya? Nak makan apa? (Ceh, saat genting pun sempat fikir makanan.), macam-macamlah yang aku fikir, aku tak fikir pulak bila terlekat kat situ, seseorang akan mati. Hewhew..punya noob. 



Simulasi kanta bergraviti oleh lohong hitam yang
mengherotkan imej galaksi yang kelihatan di bahagian latar.




Konsep sesuatu benda yang amat besar sehinggakan cahaya pun tidak mampu bebas darinya telah dikemukakan oleh pakar geologi Inggeris John Michell dalam kertas kerja yang dihantar kepada Henry Caavendish (Ryal Society) pada 1783.



If the semi-diameter of a sphere of the same density as the Sun were to exceed that of the Sun in the proportion of 500 to 1, a body falling from an infinite height towards it would have acquired at its surface greater velocity than that of light, and consequently supposing light to be attracted by the same force in proportion to its vis inertiae, with other bodies, all light emitted from such a body would be made to return towards it by its own proper gravity .-John Michell.


Baca lebi lanjut di Black Hole.




Bila fikir balik, macam mana lah aku boleh terjebak ke kancah sains angkasa ni. Disaat budak baya-baya aku tengah fikir pasal main masak-masak, kawen-kawen, aku pulak fikirkan hal angkasa yang mempunyai seribu satu persoalan. Haha.. Tapi sains memang seronok tak terkira. Macam kfc, so good and it's finger lickin' good. (tengok tu, makanan lagi). Satu lagi cita-cita aku masa kecik adalah scientist. *tolong tahan gelak anda, saya serius!*. Tapi bila dah besar, aku fikir, jadi scientist ni termasuk kakitangan awam kah? Gaji berapa wey? Duit pencen, kwsp? Paling penting, aku ni sudah cukup genius ka? Nampaknya tidak. Muahaha... Idea sungguh tak relevan.





Mungkin entri hari ini adalah tentang black hole, siapa tahu, entri seterusnya tentang matahari pulak. Who knows kan.





Sekian..
Happy reading and thank you!

0 comments:

Post a Comment

Be nice, be yourself. Rude people suck.

Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting