Pages

Monday, 22 April 2013

Sebab-sebab kenapa aku suka sesuatu blog

Posted by Jade at 16:39

Assalamualaikum..


Hello..hi!


I dah tukar template. Barulah kurang childish kan? Tapi girlish gila!



Ok. hari ni aku nak bagitau sebab-sebab kenapa aku suka sesuatu blog. Kalau sebab-sebab ini ada pada blog anda, jangan segan-segan nak mintak aku follow. wuwuwu... Well, zaman sekarang, most people ada blog kan. Tapi tak semua blog yang ada tu aku suka, atas sebab-sebab tertentulah..haha..


Sebab-sebab:

1. Blog yang ringan. Cepat loading. Tak banyak iklan, tak ada widget semak etc.
 - siapa yang tak suka blog-blog ringan dan cepat loadingkan. loading cepat, hati pun senang. Kalau best boleh terus follow. Tapi kalau banyak iklan sampai tak boleh baca entri, memang aku akan terus close. Apa lagi kalau iklan "ubat kuat lelaki". Puiihh! Sakit mata aku. Erk. Aku tak tengok. tak tengok.

2. Blog personal
- Aku suka blog personal. Bukan personal yang eww eww lebih. Macam blog pembuli, di luar membuli di blog menjiwang. Haktuiih! Dalam hati ada taman rupanya. Aku suka sesetengah blog personal sebab diorang akan cerita pasal apa yang berlaku in their life tapi tak berlaku pada aku. For example, kau study di Ireland, then kau ceritalah pasal life kau masa study kat sanabila kau terjumpa Colin Morgan and macam-macam lagilah. That'll be interesting bila kau pandai elaborate ayatceita detik-detik lucu and seram. confirm aku akan baca blog kau dari first entri sampai bila-bila. Wa cakap betul sama lu!

3. Blog free-thinker dan informasi
- Woo..bukan blog atheist atau benda lain, tapi blog yang macam Namee Roslan tu. hikhikhik..bukannya apa, aku suka blog begitu sebab diorang menulis based on their experience. Kalau blog informasi pulak, kadang-kadang best jugak baca pada waktu santai sampai berejam rejam aku kat depan laptop sebab nak baca semua entri. For ur info, aku seorang yang mempunyai tahap curiosity yang tinggi. So, kalau korang nak aku follow blog korang, buatlah entri yang membuatkan aku nak tahu. Ayat aku macam membajet glamour je kann. Puiihh!

4. Bukan blog politik!
- aku paling benci blog pasal politik. Aku benci gila babi kalau aku tengah gembira nak baca entri satu blog tu, then tiba-tiba nampak ada lambang parti.Wey, kalau kau sokong parti x ke, parti y ke, part z ke ko tak payah lah nak maki hamun and benci-benci parti lain. Bullshit itu semua. Kau sokong kau diamlah, just cerita pasal kebaikan parti yang kau support tu, tak payahlah nak maki cakap parti lain tak bagus lah, undi adalah rahsia. Kau cerca tu semua nampak sangat kau dari keluarga low-minded atau kau selalu gagal sivik masa kat sekolah dulu. Chill la. kalau kau suka, janganlah benci parti lain, apa kau ingat kau seorang jak yang ada hak bersuara? haktuiih arr.. Aku kalau nampak blog camni, terus aku unfollow and banned. Tak ada istilah pencacai parti x or pencacai parti y or whatsoever. so meleis...sekian.


5. Selalu buat giveaway. Ihikkss..
- siapa yang tak suka giveaway? aku suka. Kalau blogger tu selalu buat giveaway, aku akan follow. Tapi kalau syarat susah gila, banyak gila nak follow and like tapi hadiah tak seberapa. Sorry to say laa.


6. Blog pasal sains, astronomi etc
One of my favorite thing adalah sains selain daripada menganjing dan mendajal. Entahlah, I just love science so much!


7. Blog yang sinispedas dan seerti dengannya
- aku suka blog macam begini. Kadang-kadang apa yang diorang tulis tu ada betulnya tapi kita tak nak mengaku. Kalau baca blog begini, mesti banyak kali terasa sebab apa yang ditulis tu banyak yang mengena dengan diri sendiri or in other words, tersindir. Kadang-kadang lucu jugak, menyampah pun ada. Sebab apa yang disampaikan oleh penulis tu boleh membuatkan kita suka dan benci dia at the same time. Trust me. eh?


8. Blog family/kawan
-  siapa lagi yang sokong family / kawan kita kalau bukan kita sendiri? Best tak best, akan ku follow jua

9. Blog E-cerpen dan e-novel
- aku suka membaca. Apa-apa bahan bacaan asalkan bermanfaat dan berilmu. Novel dan cerpen pun aku sangat suka baca. Sebab tu lah aku suka penulisan2u.com.!


10. Blog pasal fotografi
- selain sains, menganjing dan membaca, aku juga suka blog pasal editing, fotografi etc. Quite fun. Boleh belajar cara edit edit gambar, boleh belajar siki pasal ilmu fotografi sambil diselitkan dengan kutukan tentang MLM dan wordless wednesday. Cececeh! I gurau je. Ahh..pendek cerita memang best la!






Honestly, the reason why I wrote this bukan sebab aku nak mengkritik orang, siapalah aku nak mengkritik orangkan. Aku cuma nak sampaikan apa yang aku rasa perlu supaya orang tak lah terasa bila aku terunfollow blog diorang. Kita bukannya boleh memuaskan hati semua orang. 




Selamat BerBLOGging.



Happy reading and thank you!




1 comments:

syafiqah sallehin on Wednesday, December 11, 2013 said...

blogwalking. nice blog ^^

Post a Comment

Be nice, be yourself. Rude people suck.

Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting