Pages

Sunday, 26 May 2013

No longer unemployed, yeah!

Posted by Jade at 01:00 4 comments
                                                                Assalamualaikum



Hello cute girls and handsome boys! How are you today? I hope you are in pink of health. I'm sorry because I was so busy lately.


Eh, apesal aku tulis mukadimah ni macam nak buat surat tak rasmi untuk dihantar kepada kawan dari luar negara yang bertanyakan tentang kepelbagaian budaya di Malaysia versi bahasa Inggeris. *sila baca dalam satu nafas*. Aku selalu buat pendahuluan macam ni kalau buat informal letter masa form 3 dulu. Tolong aa cakap korang pun buat cam ni, buat malu ja kalau aku sorang-sorang yang buat cam ni. Letak idiom 'pink of health' nak bajet hebat lettew.


Well, well, well, aku tulis entri ni bukan nak bagi korang main points for this. Aku sebenarnya ada benda nak bagitau. Hari ni genap lebih kurang setahun aku mengganggur. Korang jangan pulak cari kat kamus dewan bahasa untuk maksud ayat/frasa 'genap lebih kurang' tu, ni aku cipta sendiri. Just now. Uolls tau tak apa perasaan menjadi penganggur? Best nau! Eceh. But now, I'm am no longer unemployed. Alhamdulillah.


Tapi study lagi best kan, untuk masa depan. Baru-baru ni aku check upu, dapatlah dip sains di uitm kk,Sabah. Oklah kan, daripada jadi penganggur untuk beberapa bulan/tahun lagi. Nak dijadikan cerita, aku sekarang tengah busy nak urus beberapa hal untuk mendaftar nanti. Persediaan kena rapi, dari tawau ke kk jauh maa..8 jam. Tapi kalau banyak pit stop boleh jadi 12 jam jugak.

Sorry kalau aku lambat update, janganlah remove aku. Sedih nau! Sorry jugak sebab tak sempat jenguk-jenguk blog kalian. Nanti aku cari masa. teehee :p


So, kalau ada sesiapa yang tahu pasal diploma sains tolonglah share dengan aku eyk. Nervous jugak nak study dip sains ni. Harap-harap bolehlah aku dapat keputusan cemerlang. Amiin.






Yang berjuang,

Asffa si budak nerd. Errkk! 
Muka macam nak nangis!














p/s: ni first entri aku guna laptop baru. 
p/s2: ceh! laptop baru pun nak bagitau korang haha!
p/s3: lapop aku windows 8, sapa terer sila beri tunjuk ajar!





Happy reading and thank you!

Wednesday, 22 May 2013

Giveaway dari Blog Zeera

Posted by Jade at 12:29 2 comments
Assalamualaikum...




Jom join GIVEAWAY dari BLOG ZEERA!!


klik banner untuk join


Tarikh Tamat Giveaway : 24 Mei 2013









Happy reading and thank you!


Sunday, 19 May 2013

The choice is in your hands....

Posted by Jade at 12:13 0 comments
                                                             Assalamualaikum



Baru last few days, result upu keluar, aku tengok banyak blogger muda buat entri pasal upu. Aku pun nak buat jugaklah, aku taknak ketinggalan zaman.:p..lagipun aku muda lagi. hewhew..

Sepanjang pembacaan aku bah, (semalam tengok cerekarama,'Mentol Ku', Tai Bakar jadi orang Sabah, serius failed! 'Bah' berterabur. Mana boleh letak 'bah' sembarang. Sandik eh, lain kali buat research lebih sikit and jangan lupak tanyak sama orang Sabah, tanyak Wawa Zainal ka atau pelakon sabahan yg lain) banyak blogger muda ni dalam dilema. Mereka sungguh bertuah sebab dapat banyak tawaran. Aku dapat 1 sahaja, Alhamdulillah.


Kebanyakannya dapat uitm, same goes for me. So, tahniah lah. Kita bakal menjejakkan kaki ke menara gading (takyah nak menara gading sangatlah, universiti pun dah boleh) biarpun aku tua setahun dari anda-anda semua. miahaha..



Kejayaan hanya akan datang kalau kita cemerlang.


Tau tak dialog sapa ni?Ni dialog Ranchoddas Shamalddas Chanchad/Punsukh Wangdu dalam filem 3 Idiots lakonan Amir Khan. I really really love this movie. Lepas fikir-fikir jap, betol jugak. Kalau tak cemerlang, macam mana nak berjaya kan.

So, buatlah keputusan yang betul dan tepat untuk masa depan anda!


The choice is in your hands, choose wisely...







Happy reading and thank you!

Tuesday, 14 May 2013

Random Post : Anime / Cartoon

Posted by Jade at 14:42 2 comments
                                                                Assalamualaikum





Hang ni selalu ja buat random post, apa hang dah takdak idea ka? Cis. Ni baru random post kedua, mana ada selalu. Lagipun aku tak ada idea sangat nak tulis post memandangkan aku bukan seorang yang menghayati persekitaran. Jadi, berikanlah aku peluang untuk buat random post selalu untuk mengisi kekosongan blog ini. Jadi kalian tidaklah berasa bosan setiap kali bertandang ke blog comel cabuk ini.

Perenggan pertama sudah mengarut, apa akan berlaku pada perenggan seterusnya? Kamonlah, alang-alang sudah megarut, baik aku mengarut sampai ke titik noktah yang terakhir bentak hatiku.Puii, takyah nak bentak sangatlah. Macamlah aku menaip ni dapat RM2000 sebulan. Puii.

Seperti yang pernah aku katakan dulu, aku suka anime dan cartoon. Korang pun suka kan? Macamlah aku tak tau, kalau tak, tak wujudlah Astro Ceria, Untuk Kita Ajeeee. Masa aku kecik-kecik dulu (hikayat dah nak mula ni), aku suka tengok ceghita Dragon Ball. Siapa yang tak kenal Dragon Ball  time tuh, aku siap boleh hafal lirik lagu soundtrack lagi. Masa tuh aku rasa Goku lah yang paling hensem. Pastu tetiba lak boleh tukar jadi super saiyan 1, 2 and 3. Kaler rambut pun tukar. Aku pun verangan lah jadi super saiyan.

Goku hensem. Anyongnyong..

Selain Dragon Ball, katun lain yang aku suka mestilah Doraemon. Hampir semua cerita panjang Doraemon aku sudah tengok. Wink wink! Aku harap satu hari nanti, aku akan dapat poket doraemon yang boleh keluar macam-macam benda tu. Dalam banyak-banyak alat yang doraemon ada, ada 3 benda yang aku paling suka. Pertama, mesin masa. Kalau ada mesin masa, aku tak nak ke masa depan. Aku nak ke masa silam. Boleh jumpa orang-orang yang aku tak sempat jumpa, jumpa abang aku, tengok muka parents aku masa diorang kecik-kecik, pegi zaman dinausour. Eh, banyaknya! Kedua, aku suka Pintu Suka Hati. Yang kaler pink tu. Dengan pintu tu, kita boleh pegi mana-mana tempat di dunia ni. Senang giler takyah bayar tiket fly sana-sini. Aku pun tak lah jetlag. Eh, aku tak pernah jetlag. Tak penah, tak penah. Semua tempat aku boleh pegi dengan percuma dan dalam masa yang singkat. Lepas tu bolehlah aku kongsikan pengalaman aku travel satu dunia kat dalam blog ni kan haha! Ketiga, aku suka dunia dalam cermin. Dunia yang sama macam kita, tapi di dalam cermin. Aku boleh ambik macam-macam benda sesuka hati. Hehehe..


Meneroka ke alam ghaib? Best!

Bila difikirkan semula, patutlah doraemon ni tak wujud. Tengoklah apa yang aku bagitahu kat korang tadi, tu baru sikit. Manusia manusia haha! Sebab tu lah aku suka doraemon. Aku tau ada antara korang yang suka sailormoon kan? Terutamanya part diorang bertukar hehe.. Tak boleh blah. Tapi aku lagi suka ultraman daripada sailormoon. 

Ultraman AT.
Dalam banyak-banyak spesies ultraman, ultraman ottotoyama A T ni yang aku paling suka. Ternyanyi pulak hehe. Tak tau pulak kenapa. Mungkin sebab lagi best dari yang lain kot. Sekarang spesies ultraman ada banyak. Contohnya, ultraman mebius tiga dyna zero ace cosmos nexus saga max taro. Entah spesies apa pun aku tak tahu. Seingat aku, ada satu spesies ultraman ni, bila dia nak bertukar, dia guna berus gigi. Aku tak ingat pulak spesies yang mana. Boleh bagitau aku kalau korang ingat? hehe.


Bila darjah 5, aku tersuka dengan Initial D. Oemmjayy! Jay Chou and Edisen Chen pulak pelakon movie dia. omg omg.

Jay Chou

Edisen Chen

Dan detective Conan. Aku tau detektif conan ni macam annoying sebab di mana ada conan, di situ ada kes orang mati. Pastu cara penyelesaian kes hampir sama. Tapi aku tetap suka. Lebih-lebih lagi bila live action Shinichi ialah Oguri Shun.Oguri Shun? Pelakon ceghita Crows Zero bai. Penah tengok tak? Best jugak.

Oguri Shun in Detective Conan
Mizobata Junpei as Shinichi Kudo
Tapi sekarang dah tukar jadi Mizobata ni. Aku lagi suka shun dari dak junpei ni. Ada banyak anime conan ni dalam laptop aku. Maklumlah, peminat tegar. Aku sangat bila time nak teka siapa pembunuh bagi sesuatu kes. Oleh sebab  aku peminat tegar Conan, aku dah boleh agak siapa pembunuh bagi setiap kes. Kira aku ni sama hebat dengan Shinichi/conan lah. Tak pa, tahun depan boleh tukar Mizobata ni. Biar aku je yang jadik Shinichi.

Kalau nak tengok katun tiga suku dan kurang waras, jemputlah tengok katun The Amazing World of Gumball. Katakan saya suka Gumball, Darwin, Anais, Richard, Nicole, Robert, Sassy, Carrie, dan semua watak dalam Gumball. 


The Amazing World of Gumball

Disamping itu, ada banyak lagi anime/kartun yang aku suka sangat tengok. Ada jugak yang just suka-suka. Senang cerita baik aku shortlist kan., Manalah tau ada sama, bolehlah berkongsi ceghita.

1. Ben 10
2. Teen Titans
3. Upin ipin
4. Boboiboy
5. Naruto
6. The law of Ueki
7. Yu yu zulaikha Hakusho
8. Black Jack
9. One Piece
10. Shin Chan
11. Prince of Tennis
12. Fate/Stay Night
13. Ninja Boy
14. Kampung Boy
15. banyak lagi tapi tak ingat....

Biarpun anime/kartun yang I suka tengok ni tak lah gempak dan hebak mana, tapi asalkan I suka. *ayat pasrah tak rela dikutuk*


Bebudak sekarang dah advance dah, main Ipad, Iphone, tab, galaxy bima sakti alam semesta cakerawala semua diorang ada. Tak main dah menonoton/baca anime/kartun ni.

Oklah, entri dah tamat. Setelah berejam-rejam aku menaip. Fuh. Berpeluh ketiak.



Abaikan ketembaman pipi. Kami peminat kartun/anime tak kira saiz pipi seseorang.
Caption : Me and my niece.





Credit gambar : google image.





Happy reading and thank you!




Friday, 10 May 2013

Birthday : I'm already 19 ~~~~~~

Posted by Jade at 07:30 0 comments

Assalamualaikum...


(Entry Ni sepatutnya publish on 7th April. Tapi aku lupa. So anggap je la today is 7th April. K)


Hello...hi! Memandangkan today is my birthday, so I wanna tell uolls about some fun facts about Happy Birthday Song. tibatiba




Some fun facts about Happy Birthday:
  • Happy Birthday was written by 2 sisters from Kentucky named Mildred and Patty Hill.
  • The original song is called 'Good Morning to All', it was used to greet the children of the school where the sisters teached .
  • The actual lyrics 'Happy Birthday to You' appeared for the first time in a book in 1924. Radio and television started picking up the song and that's how it got famous.


And this!


The guitar chords and lyrics for 'Happy Birthday':


C                 G         
Happy birthday to you
                  C
Happy birthday to you
                       G  F
Happy birthday to dear name
F     C        G  C
Happy birthday to you


Cara strumming




HAri tu aku tiba - tiba nak tahu pasal guitar chords untuk lagu happy birthday ni, tu la aku search dan masukkan dalam entri, mana tahu korang nak main gitar sambil nyanyi happy birthday untuk mak abah korang ker, baru arr romantik sikit! 



Aku tak kisah pon kalau birthday family aku ingat birthday aku ke tidak. Haha..sebab nanti aku jugak yang kempen-kempen, " eh hari ni ada orang birthday la', " birthday along! birthday along!' (my nickname kat rumah adalah along walaupun aku bukan anak pertama, aku anak keenam. hihikhik..)


Teringat dulu time sekolah, masa birthday aku, my bestfriend mesti bagi hadiah. Wuwuwuwu... Terima kasih laa yaa genk! hehe



jomlah lah celebrate dengan aku, aku pon tengah boring ni





















Happpy reading and thank you!

Wednesday, 8 May 2013

Random Post: Widget

Posted by Jade at 14:29 0 comments
Assalamualaikum and hello readers!




Just a random post. Actually I'm in a dilemma. Cewah!
Saya sebenarnya nak tambah widget kat dalam blog saya yang tak seberapa cute ni. Tak cute pun sebenarnya. Tapi saya tak tau nak tambah widget apa. Jeles weh saya tengok widget blog orang lain. Cantik, cute dan ohsem. Saya pun nak ohsem jugak! Nanti kalau saya tambah, serabut pulak.nanti lambat pulak nak loading, lagi satu hal. Ceh! Ape ade hal, tak payah tambahlah. Err! Saya nak tambah jugak. Sebab saya tengok blog ni dah macam blog togel. Ngehehehe... Jadi, nak tambah atau tidak??






Cerita lain, hari tu titeww ada ambil gambar bunga orkid. Shayer shuker orkid nauu! Chantekk. Then, saya edit laa sikit. Lagi shatu, shayer shuker edit gambar nau! Eishh..yang kau bernada gedik ni apasal Asffa, tampar mau? Err!



Inilah Cik Orkid tersebut.
Pss! Letak watermark bagai. Perasan lettew ada orang nak plagiat. Puii! Hehe.

Saya ambil gambar ni guna camera handphone ja pon. Lupa reduce noise sikit. Ciss! Korang kalau salah aku, nampak je kan? Kuman di pulau Maldives korang tak nampak pulak.






Ni pun saya edit. Eh! Tak, tak. Saya TERtipu korang. Ini cartoon favourite titeww sebenarnya. Haa? Nak gelak? Ko caci maki dan hina sekali pun aku tak kisah, yang penting saya suka cartoon ini.




And, at the end of the post, korang baru sedar yang sebenarnya saya buat random post ni hanyalah kerana ingin mengupdate blog ni. Asalkan ada entri.








p/s: perasan tak aku guna saya dalam entri ni?
p/ss: Happy reading and thank you!

Tuesday, 7 May 2013

My Childhood Dreams

Posted by Jade at 07:30 0 comments
Assalamualaikum..







Everybody has their childhood dream. And me too. I remembered since I was 7, when my teacher ask what I want to be when I grow up? My class teacher usually asks this at the end of the school session every year to write it in a .... I forgot what is that thing, but I'm pretty sure, it is a card . Nevermind. Then, I said that I want to be a lawyer, astronomer and doctor. Then, the next year I will give another answer to my teacher, so when I look back at that card, I saw many ambitions wrote there. Can you see how ambitious I am? But I think I am too greedy at that time. Because I want to be anything in the world. 





When I was 11, I realized that I love sports. At that time, my favorite sports is 100metres sprint, basketballs(ini semua pengaruh Slam Dunk) and badmintons. And I wish that I can school at Sekolah Sukan Bukit Jalil because I want to be a Malaysian athlete so I can make the Malaysian proud of me when I won a gold medal.  But, my dream becomes impossible when I suddenly realized that I am not tall enough. Oh dude, I hate this! That means I can't play basketball. So, I changed my plan, I chose to play netball because it has similarity with basketball that is shoot the ball into the basket. Then I joined the school team to fulfill my dream. My team got second runner up. Once again, my dream has not come true. I never selected to be the best athlete How unlucky I am. 
Basketball


Budak kecik itu lagi laju dari usain bolt?
Ini semua pengaruh slam dunk!
Ini semua salah Hanamichi Sakuragi dan Rukawa. I hate you!


Then, when I was 13, I got a new dream. I want to be an  electrical engineer. I don't why the electrical engineer keeps lingering on my mind. I think it is so cool and brilliant dreams because I am the only girl in my class who wanna be engineer while the other is the boys and many more reasons. It's hard to explain. hmmm...


But I think, I am too easy to influenced by movies, anime and surrounding. Quite dangerous. Lol! It is proven when I watched it begin again. Eh, tiba-tiba ternyanyi lagu Taylor swift, Begin again pulak. Wrong timing asffa..tempo tak ada. Pitching kelaut...bla..bla..bla...ceh..ni jadi kak ogy pulak. Tengok tu, aku mudah terpengaruh kan...!

Sambung cerita, when I watched CSI; miami, I feel that I want to be like Eric Delko or Ryan Wolf, a cop. I watched Supernatural, then I started to feel like I want to be the ghost hunter, I watched smallville, fireman sam, boboiboy and many more. I know you can expect what happen next, isn't it? Yeah! Ok, I'm joking. Never crossed in my mind that I want to be like Clark Kent or Boboiboy. But I really wanted to have Doraemon with me! I'm sure you would think the same way with me, right? Hahaha... detective Conan? My favourite forever. Ah! Aku benci bila talking about cartoon/anime. Sampai 50 entry pon tak habis nanti aku taip pasal dorang.





After few years, I still wanted to be an electrical engineer and sometimes doctor. And now, I still don't know what I wanna be, thought that i'm ambitious, though. I hope I can be what I want to be in the future. It's secret! I'll tell you all when I am ready. hehehe....suspen..suspen.. 



So, till then please pray for me and my success. I will always pray for all of you too.




I am so sorry if this entry will makes your eyes berpinar-pinar membaca lalu berputus asa dan meninggalkan blog aku dengan segera. Eh! Jangan! teehee...aku bukannya apa, saja nak share. Sharing is caring what?!
Mulanya, aku nak tulis fully english, tapi memandangkan aku tak reti nak buat lawak dalam english, so aku tukar plan. menjadi tak plan aku? Menjadi tak? Muahaha....




Teruskan membaca blog ini dan jangan lupa spread it kepada kawan-kawan. Hikhikhik! 


Aku kalau bab-bab mempromosi memang tak reti. 







Have a nice day.


Happy reading and thank you!

Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting