Pages

Friday, 3 May 2013

Awesome plkn

Posted by Jade at 16:28
Assalamualaikum..





Hari ni 3 Mei 2013. Tepat setahun selepas aku mendaftar masuk ke kem plkn. Pengalaman menyertai plkn tidak akan dapat aku lupakan. Puiii! Ayat macam nak buat karangan spm. Bahahaha! I memang nerd tau! 



Ok, back to reality. Korang pernah masuk plkn?



Welcome!


Muka terpaksa masuk plkn. Ni gambar semasa minggu kedua. Background failed!


Aku masih ingat lagi masa aku ting. 5, aku siap gelakkan lagi orang kawan-kawan yang tersenarai menjadi peserta plkn. Haha! Last2 aku yang kena. Cis! Tau tak aku tak suka plkn? Aku tak suka makan ikut jadual, tidur berjadual, pendek kata aku tak suka life aku diatur oleh orang lain macam duduk kat dalam asrama. Aku tak penah duduk asrama (orang kata best). So, aku tak tau apa-apa pasal tu. Memang banyak aku tak suka pasal plkn. Aku tak suka pakai baju celoreng sebab aku tau tahap kepanasan baju tu. Kat sekolah, aku ni kadet bomba, setiap hari rabuu kan kena pakai baju uniform mengikut unit beruniform masing-masing. So, nak tak nak kena pakai, otherwise kena kejar dengan cikgu disiplin. Hehehe..aku tak pernah pun. Tak pernah.



Gambar otai Kompeni Charlie. Erkk! Over pulak. ni gambar lepas pertandingan kawad kaki. Yay!


Yang aku tak suka, aku dapat masuk plkn tapi untuk kumpulan 2/ 2012. Mau nangis aku bila dapat tau, classmates aku yang dapat tempat yang sama dengan aku kena buat penangguhan sebab dorang pegi sambung belajar. So, dengan hati yang berat dan terpaksa serta tak ikhlas, aku kena masuk jugak. Alone, tak ada kawan. Kalau tak masuk nanti kena penjara. Baik aku masuk plkn kan..hehe..



Taklimat AADK with my best Buddy!
Anyonyonyonyong!




Khamis, 3 Mei 2012.

bila aku sampai di dewan masyarakat ld, aku tengok ramai gila manusia sebaya aku (maybe) and their parents di sekitar dewan tu. Ketark lutut guwa bila tengok manusia-manusia yang guwa langsung tak kenal. Then, adalah berbelas orang dari sekolah aku tapi lain kelas. Terus kurang takut. Ceh! Psiko. Tiba turn aku mendaftar. selepas menunggu dalam sejam lebih, aku pun naik bas plkn. Best jugak naik bas ni. haha..kau tau tak berapa kali aku pernah naik bas dalam hidup aku? Cis~! itu bukan main pointnya di sini. Best sebab bas  plkn tu besar, tinggi tau dari lori tanker. Sempat lagi mengukur.

Bila dah sampai, tarik luggage semua..ceh, kemain aku bawak luggage segala. Semua orang pun macam tu. Kami diarahkan pergi ke dewan makan/kantin kem. Sampai je, terus kena jerit. Terkejut hokey!  Memang ganas jurulatih(JL)/cikgu plkn ni. Habislah aku


Because our daerah  datang pada hari last mendaftar (budak2 lain daftar 1 and 2 mei), saiz baju dan spike boot pun dapat saiz besar-besar. Saiz kecik dah habis. HAri ni sampai, hari ni jugak kena bagi baju celorengbaju sukan, baju kelas, spike boot, kiwi, buku, pen dan lain-lain. Letih gila. Dahlah berat, pas tu kena tarik beberapa meter untuk sampai ke blok/dorm aku. Aku dapat blok Mike. Smartkan nama blok aku? wuwuwu..


When I enter the dorm, semua mata tengok aku, aku pun tengok dorang. Lama jugak la kami berbalas pandangan. Lucu kalau ingat balik. I am so lucky sebab dapat geng (Mike United) yang sekepalagila-gila dan suka menganjing. Yeah!



Mike United. Tapi tak semua ada kat dalam gambar..wu~~~~






Hari-hari seterusnya...


Di kelas...


Aku tak tau pulak kat plkn ni ada kelas. Sebelum aku masuk kelas, macam-macam aku fikir. Kelas vokal kah? Atau macam kelas di sekolah? Aku ingatkan masuk plkn ni, kawad kaki, menembak etc. Rupanya ada kelas. Dahlah kalau nak pegi kelas kena mendaki tangga curam  yang agak tinggi. Semput makkk


Setelah beberapa hari kat kelas, aku pun dah jumpa beberapa kawan satu kumpulan from another dorm, wira dan wirawati. Tau tak kelas kat plkn paling sangat best gila amat? Banyak aktiviti, banyak main..hehe..boleh usha-usha cikgu. Oopss..bukan usha wira eyh, wira semua botak hakhak!




Di plkn, kat kelas ni ada beberapa modul, contohnya modul kewarganegaraan, budaya kerja dan beberapa lagi. Ada satu modul nisepanjang kita belajar modul nikita hari-hari kena/wajib/terpaksa tengok satu video yang ada certain part really reflect us. The teenagers. Lucu gila ok, banyak nilai murni. aku khusyuk tau tengok video ni. Khusyuklah sangat. Then, ada satu hari, time kami tengok video ni, aku tertidur. Sedap gila aku tidur tak ingat dunia, siap ingat katil di rumah. Time ni, aku masih benci dengan keadaan dan suasana di plkn. 


Tiba-tiba aku dengar suara-suara sumbang mengatakan, "cikgu, ada sorang wirawati tengah tidur!". Mula-mula, aku just ignored , makin lama suara tu makin banyak, makin kuat dan dekat. Sekali aku angkat kepala, semua wira dan separuh wirawati tengah tengok aku. I'm shocked! Rupanya, wirawati yang diorang cakap tu was me. Malu siot. Dahlah aku sorang je yang tidur time tu. Kau paham tak apa perasaan aku masa tu? Tapi tak apa, aku kan otai. Selamba badak aku tidur semula...



Exercise lepas subuh..

Aku suka exercise lepas subuh. Sebab time ni masih gelap lagi, pukul 5.30 am aku dengan geng blok aku dah ada di padang kawad. Kami memang punctual. Hikhik! Time ni kami boleh duduk di padang kawad semntara tunggu cikgu dan budak-budak lain sampai. Kami apalagi, tidur lah! What you need the most while you are in plkn was have enough time to sleep. Pastu, bila semua dah ada, kena berbaris macam dalam kedudukan kawad. Kadang-kadang kawan aku jadi leader, kadang-kadang aku. Dia ketua kompeni Charlie, aku ketua platun Charlie jer untuk pertandingan kawad. (Sebab dua-dua mempunyai kelantangan suara yang agak err..besar) Pastu, setiap hari (kecuali sabtu and ahad) kena nyanyi lagu negaraku, sabah tanah airku dan lagu wira wirawati negara, ikrar dan doa. Macam kat sekolah kan!



Kemudian, kami pun bersenam. Setiap hari, senaman kami tak sama. Contohnya, hari rabu kena menari, hari isnin buat pt (physical training). Akuu tak tau sangat pasal pt ni, tapi cikgu cakap ni salah satu daripada latihan askar jugak. Tapi peserta plkn hanya boleh buat start dari pt 4 or 5 kalau tak salah, 6,7,8,9,10. Paling senang pt 10, macam star jump tapi lain sikit. Mungkin sebab pt 1 and so on tu agak berat, sebab tu tak buat.

Apa yang aku tau, jurulatih fizikal ni terdiri dari askar. Ada atmada  jugak navy dan navy simpanan. Jadi best la, boleh tanya cikgu pasal pengalaman dorang time sertai askar. Banyak cikgu cerita, sampai aku pun sudah lupa. Yang aku ingat, latihan askar memang berat. Kalau nak sertai komander lagi berat. The conclusion is, Aku memang tak boleh jadi askar. Haha..


Nak tau kenapa plkn ni best?
Sebab;

* Dapat belajar sesuatu yang baru.
* Dapat ramai kawan
* Boleh naik flying fox and abseiling for free
* Dapat pegang dan menembak guna m16.
* and many more

Gambaran muka semasa berak. 

Aksi seakan gwiyomi dengan berpakaian xl.

Makanan dikala lapar.

Kat plkn, makan 6 kali sehari. Tapi kami makan 7 kali sehari. Mana tak turun berat badan. *sigh*
Lepas supper and rollcallbalik dorm makan maggi berjemaah. Pastu borak-borak sampai ngantuk, basuh kain. KAlau time tu nama aku ada dalam duty (jaga malam), terpaksa tak tidur. I benci nau !

Ada lagi,kalau kat sini, kena cuci baju guna tangan. Hanya baju yang di beri jerrr boleh masuk dobi. *dua kali sigh*. Baju sendiri kena basuh sendiri. Kenapa perlu ada diskriminasi baju?! Aku dahlah tak pernah cuci baju dengan tangan. Hehehe... Eh! Sekarang dah pandai dah. Expert lagi.


Candid.

Muka tak boleh blah. Harus dicensored.




Abseiling. Tali tinggi.



Dah cukup kot entri ni. Nanti kalau panjang sangat, termuntah pulak kalian semua membaca cerita ini. Lagipun aku tak menang tangan nak menaip ni. Macam nak tambah satu lagi keyboard kat laptop aku ni. Boleh taip serentak tangan kanan dan kiri. Haha..



Spike boot yang 'bapak besar'

It's time to go home. Farewell everyone!

PLKN is awesome!




Ok. Selamat berplkn kepada yang akan masuk plkn.



MIKErs are awesome! I dedicated this entry for us, the Mike United.









Happy reading and thank you!



               


                  [VIDEO] Malaysian Celebs Completely Freaking Out At Sunway Lagoon






3 comments:

RAZMAN BIN RAHMAD on Tuesday, October 01, 2013 said...

TQ coz support us...

RAZMAN BIN RAHMAD on Tuesday, October 01, 2013 said...

http://cikguplkn.blogspot.com/

Asffa on Wednesday, October 02, 2013 said...

my pleasure..:)

Post a Comment

Be nice, be yourself. Rude people suck.

Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting