Pages

Tuesday, 14 May 2013

Random Post : Anime / Cartoon

Posted by Jade at 14:42
                                                                Assalamualaikum





Hang ni selalu ja buat random post, apa hang dah takdak idea ka? Cis. Ni baru random post kedua, mana ada selalu. Lagipun aku tak ada idea sangat nak tulis post memandangkan aku bukan seorang yang menghayati persekitaran. Jadi, berikanlah aku peluang untuk buat random post selalu untuk mengisi kekosongan blog ini. Jadi kalian tidaklah berasa bosan setiap kali bertandang ke blog comel cabuk ini.

Perenggan pertama sudah mengarut, apa akan berlaku pada perenggan seterusnya? Kamonlah, alang-alang sudah megarut, baik aku mengarut sampai ke titik noktah yang terakhir bentak hatiku.Puii, takyah nak bentak sangatlah. Macamlah aku menaip ni dapat RM2000 sebulan. Puii.

Seperti yang pernah aku katakan dulu, aku suka anime dan cartoon. Korang pun suka kan? Macamlah aku tak tau, kalau tak, tak wujudlah Astro Ceria, Untuk Kita Ajeeee. Masa aku kecik-kecik dulu (hikayat dah nak mula ni), aku suka tengok ceghita Dragon Ball. Siapa yang tak kenal Dragon Ball  time tuh, aku siap boleh hafal lirik lagu soundtrack lagi. Masa tuh aku rasa Goku lah yang paling hensem. Pastu tetiba lak boleh tukar jadi super saiyan 1, 2 and 3. Kaler rambut pun tukar. Aku pun verangan lah jadi super saiyan.

Goku hensem. Anyongnyong..

Selain Dragon Ball, katun lain yang aku suka mestilah Doraemon. Hampir semua cerita panjang Doraemon aku sudah tengok. Wink wink! Aku harap satu hari nanti, aku akan dapat poket doraemon yang boleh keluar macam-macam benda tu. Dalam banyak-banyak alat yang doraemon ada, ada 3 benda yang aku paling suka. Pertama, mesin masa. Kalau ada mesin masa, aku tak nak ke masa depan. Aku nak ke masa silam. Boleh jumpa orang-orang yang aku tak sempat jumpa, jumpa abang aku, tengok muka parents aku masa diorang kecik-kecik, pegi zaman dinausour. Eh, banyaknya! Kedua, aku suka Pintu Suka Hati. Yang kaler pink tu. Dengan pintu tu, kita boleh pegi mana-mana tempat di dunia ni. Senang giler takyah bayar tiket fly sana-sini. Aku pun tak lah jetlag. Eh, aku tak pernah jetlag. Tak penah, tak penah. Semua tempat aku boleh pegi dengan percuma dan dalam masa yang singkat. Lepas tu bolehlah aku kongsikan pengalaman aku travel satu dunia kat dalam blog ni kan haha! Ketiga, aku suka dunia dalam cermin. Dunia yang sama macam kita, tapi di dalam cermin. Aku boleh ambik macam-macam benda sesuka hati. Hehehe..


Meneroka ke alam ghaib? Best!

Bila difikirkan semula, patutlah doraemon ni tak wujud. Tengoklah apa yang aku bagitahu kat korang tadi, tu baru sikit. Manusia manusia haha! Sebab tu lah aku suka doraemon. Aku tau ada antara korang yang suka sailormoon kan? Terutamanya part diorang bertukar hehe.. Tak boleh blah. Tapi aku lagi suka ultraman daripada sailormoon. 

Ultraman AT.
Dalam banyak-banyak spesies ultraman, ultraman ottotoyama A T ni yang aku paling suka. Ternyanyi pulak hehe. Tak tau pulak kenapa. Mungkin sebab lagi best dari yang lain kot. Sekarang spesies ultraman ada banyak. Contohnya, ultraman mebius tiga dyna zero ace cosmos nexus saga max taro. Entah spesies apa pun aku tak tahu. Seingat aku, ada satu spesies ultraman ni, bila dia nak bertukar, dia guna berus gigi. Aku tak ingat pulak spesies yang mana. Boleh bagitau aku kalau korang ingat? hehe.


Bila darjah 5, aku tersuka dengan Initial D. Oemmjayy! Jay Chou and Edisen Chen pulak pelakon movie dia. omg omg.

Jay Chou

Edisen Chen

Dan detective Conan. Aku tau detektif conan ni macam annoying sebab di mana ada conan, di situ ada kes orang mati. Pastu cara penyelesaian kes hampir sama. Tapi aku tetap suka. Lebih-lebih lagi bila live action Shinichi ialah Oguri Shun.Oguri Shun? Pelakon ceghita Crows Zero bai. Penah tengok tak? Best jugak.

Oguri Shun in Detective Conan
Mizobata Junpei as Shinichi Kudo
Tapi sekarang dah tukar jadi Mizobata ni. Aku lagi suka shun dari dak junpei ni. Ada banyak anime conan ni dalam laptop aku. Maklumlah, peminat tegar. Aku sangat bila time nak teka siapa pembunuh bagi sesuatu kes. Oleh sebab  aku peminat tegar Conan, aku dah boleh agak siapa pembunuh bagi setiap kes. Kira aku ni sama hebat dengan Shinichi/conan lah. Tak pa, tahun depan boleh tukar Mizobata ni. Biar aku je yang jadik Shinichi.

Kalau nak tengok katun tiga suku dan kurang waras, jemputlah tengok katun The Amazing World of Gumball. Katakan saya suka Gumball, Darwin, Anais, Richard, Nicole, Robert, Sassy, Carrie, dan semua watak dalam Gumball. 


The Amazing World of Gumball

Disamping itu, ada banyak lagi anime/kartun yang aku suka sangat tengok. Ada jugak yang just suka-suka. Senang cerita baik aku shortlist kan., Manalah tau ada sama, bolehlah berkongsi ceghita.

1. Ben 10
2. Teen Titans
3. Upin ipin
4. Boboiboy
5. Naruto
6. The law of Ueki
7. Yu yu zulaikha Hakusho
8. Black Jack
9. One Piece
10. Shin Chan
11. Prince of Tennis
12. Fate/Stay Night
13. Ninja Boy
14. Kampung Boy
15. banyak lagi tapi tak ingat....

Biarpun anime/kartun yang I suka tengok ni tak lah gempak dan hebak mana, tapi asalkan I suka. *ayat pasrah tak rela dikutuk*


Bebudak sekarang dah advance dah, main Ipad, Iphone, tab, galaxy bima sakti alam semesta cakerawala semua diorang ada. Tak main dah menonoton/baca anime/kartun ni.

Oklah, entri dah tamat. Setelah berejam-rejam aku menaip. Fuh. Berpeluh ketiak.



Abaikan ketembaman pipi. Kami peminat kartun/anime tak kira saiz pipi seseorang.
Caption : Me and my niece.





Credit gambar : google image.





Happy reading and thank you!




2 comments:

Iha Zaliza on Sunday, May 19, 2013 said...

Haha comel je pic + ayat ketembaman pipi tu.. tu la dulu pun plan nak buat entri psl kartun pebret ni, tapi asyik lupa pulak.. mmg best kan anime ni.. skrg dah x dapat nak tgk mcm dulu.. kalau dulu WAJIB bangun awal semata2 nak dok depan tv, hehe..

Asffa on Sunday, May 19, 2013 said...

Betul tu, sekarang pun masih bangun awal sebab nak tengok katun/anime. Nanti boleh lah buat entri pasal kartun peberet ni. :)

Post a Comment

Be nice, be yourself. Rude people suck.

Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting