Pages

Sunday, 22 September 2013

Final Exam Mood ~~~~~~~

Posted by Jade at 14:02





Hello...

Sekarang ni kiranya tengah study week laa. My second paper will be on thursday, Sept 26 2013. Dah lama tak rasa mood exam sebenarnya. Alhamdulillah, sekarang dah rasa. Hehe..

I'm sorry for those who are waiting any new post in this blog, I was so busy lately. Yupp, busy main candy crush saga. Lol! Study and everything sampai aku lupa aku ada blog.


*****************************************************************




Hari tu, 16 sept aku dengan kengkawan (sebenarnya bebudak part 1 yg join Hbu111) pergi ke Tanjung Aru untuk meraikan Sambutan Hari Malaysia, 50 tahun Sabah Merdeka dalam Malaysia (Sabah Maju Jaya!).

Majlis ni dirasmikan oleh bapa negara (haha!) YAB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak dan semestinya ibu negara turut bersama-sama beliau. Kalau korang tak kenal siapa ibu negara memang bukan malaysian aa tuh. bahaha..

Kami sampai kat sana lebih kurang pukul 3 or 4. Aku lupa pulak. Pulang pukul 2 pagi okeh! Kelas aku pukul 8, memang demam sebab hujan, sejuk and tak cukup tidur.


'Sabah Maju Jaya'

Hello, I am Asffa , I'm Sabahan and this is
my friend Sylviana, She's Sarawakian.
We're Malaysian!

Aku capture benda ni without knowing its name.



Aku bukan nak racist kat sini, tapi kalau aku baca pasal those yang kutuk2 maki2 my beloved Sabah ni, memang sentap nak! Tapi biarlah, dah diorang tak ada ilmu. Aku pedulik apa. 

Lagi satu, kalau kawan2 dari semenanjung try cakap Sabah. Best nauu dengar diorang cakap slang Sabah, "bah" tu salah letak. Main hentam jak, bilang orang sabah. Semua benda ada bah. Hahahaha! Kenapakah?? Bah, teruskan belajar cakap, aku tau kamu boleh tu!

Sabah kan besaq, setiap daerah and bahagian ada loghat sendiri. Ndak(tidak) semuanya cakap boleh tu bulih. Aku Tawau maree, so loghat lain lagi. Ini disebabkan faktor kedudukan sesuatu daerah dan kaum yang mendiami daerah tersebut. Kalau area kk, loghat diorang macam Brunei sikit, kalau area Tawau, macam indonesia sikit sebab tawau dekat dengan negara seberang. Kalau kk dekat Brunei kan. Tapi kami hidup harmoni aman damai lagi sejahtera di sini, sabah.

Hari tu jugak aku ada watched video, tajuk dia Stupid question about sabah. Korang tengok laa. Lucu! Jangan bikin malu kalau kamu ndak tau Kuching tu d mana. Sa tampar kau malakat d dinding. Aku boleh tau pasal negeri lain, apasal orang lain tak mau ambik tau pasal negeri ku kan?..eceh..bengang.

Walaupun aku study d kk, aku tattap guna loghat tawau. Jati diri mesti kuat lorh!
Eh, tetiba cerita pasal benda ni kau dah kenapa kan?



*****************************************************************



Apa-apapun, boleh tak kalau aku mintak tolong anda-anda semua doakan kejayaan aku untuk final exam nanti? I'll pray for all of you too.













p/s: mintak maaf sbb terkasar bahasa d atas, aku kalau bab2 negeri memang sensitif. hahaha! take it easy!
p/s2: aku nak tukar template, tapi aku x jumpa lg template yg sesuai. nak tukar or tak?








Happy reading and thank you!

2 comments:

Aniq Bukhary on Tuesday, September 24, 2013 said...

Proud to be Sabahan! hehe. x semua yg kutuk sabah dik.. Macam aku, aku tinggal sebilik dengan budak Johor n Sarawak. Kami semua hidup bahagia. hehe.

Btw, I wish u luck. Chaiyok! Chaiyok! :)

Asffa on Wednesday, September 25, 2013 said...

hehe..betul tu. thanks for the wish. :)

Post a Comment

Be nice, be yourself. Rude people suck.

Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting