Pages

Tuesday, 12 November 2013

Membebel #2

Posted by Jade at 13:16
Assalamualaikum...











Nampaknya macam hari-hari aku ada entry baru kan? Ini adalah satu kemajuan. Ya, kau harus berbangga wahai Asffa! teehee :p. Bukan apa, sekarang ni kan tengah cuti sem, jadi aku pun menyibukkan diri dengan blog la. Sebab nanti kalau semester dah start, nescaya blog ni akan bersawang dan terbiar.











Aku dah ketagih dengan games di atas.. Kalau bukak fb, kerja aku main game ja. Macam budak umur 5 tahun. Aku memang suka dengan games sejak dulu lagi. Dari game yang easy sampailah yang susah. Tapi aku tetap tak minat dota. Oh, sorry lah peminat dota sekalian, I couldn't join uolls.









Tidak dinafikan, Dota ni memang popular dikalangan pelajar terutamanya pelajar u. Ehem....apesal ayat aku ni dah macam ayat dokumentari, kau dah kenapa? Ok, kita skip sahaja kemusykilan itu. Aku ada clssmate yang selalu datang lambat ke kelas, kadang-kadang lambat 1 jam, tak pun setengah jam lagi kelas nak habis baru dia datang. Rupanya dia addicted dengan Dota. Hari-hari dia akan main game ni sampai pagi.


Tapi, dota ni pun ada kelebihan jugak, classmate aku yang lelaki boleh rapat dengan senior sebab dota lah. Dota mengeratkan silaturrahim ye. Maka, amalkanlah dota. Erkk..! Kalau perempuan, aku tak pernah pulak tengok diorang main dota bersama-sama except tengok Running Man and movies di bilik. Kalau movie romantic takpe, ni movie seram, sampai ada yang takut nak ke tandas. Yang histeria pon ada. Hey, macam-macam ah bebudak pompuan ni. Kalau takut, buat cara takut. Dan aku bukan seorang yang penakut.....










Aku ingat lagi time aku form 3, aku addicted dengan game ni. Time nak dekat Pmr tu la aku duk depan pc main benda ni. Aku suka perasaan bila dikejar oleh cop. Muahaha! Sampai sejuk tangan aku yang tengah pegang joystick main benda ni. Dahlah, esoknya ada paper. Kelasss kaauuu jah! Alah, pmr apalah sangat kan..ceh. mentang-mentanglah sudah lepas, kau nak berlagak sana. Puii!


Yang lucunya pasal game ni, kalau aku main, badan pun ikut bergerak sekali. Kalau belok ke kiri, maka ke kirilah aku. Nak kata ada inertia tak jugak, sebab aku bukannya berada dalam kereta tu. Kalau nak laju sangat pun, joystick tu sampai dah tak boleh tekan. Kalau korang main macam aku, korang fahamlah tu. aku tak tau nak describe macam mana. *sigh*








Ni game yang aku selalu main kalau kat kolej kediaman. Tapi, tiap kali aku main left 4 dead ni, aku mesti mabuk. Fyi, aku ni ada motion sickness, mungkin sebab view game ni dari kita sendiri, means screen ni macam our own eyes, tu yang aku pening lepas main benda ni. Apa-apa pun, game ni best. Aku tak menjerit pun main game ni. Kawan aku yang duduk sebelah yang bising. Hahaha!







This is my favourite game, all the time. Haha! Best game ni, sangat misteri bagi aku. Bukan senang nak main benda ni, kadang-kadang sampai aku clueless. Tapi, kalau dah sampai tahap tak boleh jawab langsung, aku tengok walkthrough dia aje kat youtube. Haha!



Sebenarnya, aku takde niat nak buat entry ni jadi panjang. aku nak buat entry pendek je. Sorry eyh, terpanjang pulak. Lagi satu, aku bukan pro-gamer nak buat review pasal games di atas. aku cakap berdasarkan yang aku pernah alami. Whatever it is, aku tetap game lover!






Sekian membebel untuk hari ni.









Happy reading and thank you!

4 comments:

Aniq Bukhary on Tuesday, November 12, 2013 said...

membebel la lagi.. Hahaha. Seriously saya suka penulisan santai blog nie. Boleh pegi jauh.. Keep blogging :)

Asffa on Tuesday, November 12, 2013 said...

ehem...kitewww malu arr... hahaha... btw, thanks! :)

aTieYusof Family on Wednesday, November 13, 2013 said...

Dalam banyak2 game di atas kak paling suka game Candy Crush jak..hehe..itu yg sllu kak main kalau boring..
Salam ziarah..kak follow sni #47.. jom ke blog kak..sabahan jgk bah! :)

Asffa on Thursday, November 14, 2013 said...

iya, candy crush bikin ketagih baa..hehe..thanks follow kak, sa follow blik..:)

Post a Comment

Be nice, be yourself. Rude people suck.

Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting