Pages

Tuesday, 31 December 2013

Farewell 2013

Posted by Jade at 15:29


Assalamualaikum...






Memandangkan hari ni adalah hari terakhir pada tahun 2013 dan esok adalah tahun depan, jadi aku pun buat keputusan untuk buat entry la. Lagipun, hari ni genap setahun blog ni dibuat. Happy birthday to my blog! My blog is established on 31st December 2012. Wa x sangka jangka hayat blog ni dah setahun. huhu..means umur gwa pun akan bertambah lagi setahun. Alhamdulillah..makin tua laa nampaknya...wuwuwu


Sekarang aku tengah cuti. Nak kata cuti mid sem pun bukan, maybe lebih  sesuai dipanggil cuti quarter sem. Semenjak aku masuk sem baru, aku sangat busy. Kelas aku dari pagi sampai petang, lepas kelas pukul 4 (hari isnin), aku akan pergi bertugas untuk pelajar hbu. Hari selasa pun macam tu, tapi bezanya aku yang pergi hbu. Hari rabu pulak aku tak dapat bertugas sebab ada kelas. Setiap pagi rabu 5.30am sampai 7am pulak ada pt pagi


Sebelah malam, isnin dan rabu ada aktiviti. Then, aku buat revision pada setiap malam. Lepas tu kena buat sentri. Ketat tak ketat jadual gwa? Itu belum masuk segala yang wajib, makan, mandi, gosok baju etc. Gwa dengan berat hati terpaksa korbankan  masa untuk watch Running Man dan drama korea yang lain. Sebab tu la gwa tak sempat update blog...hihihihi...


Dan makin hari aku perhatikan, trafik blog makin kurang. Ini semua sebab tak update blog punya pasal!! Jadi, di kemudian hari, aku akan berusaha mencari sedikit masa dan mendapatkan ilham untuk update blog. Sebab, kadang-kadang aku lupa aku ada blog..haha. 


Sepatutnya, aku cuti sampai 5 Jan, tapi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan, aku kena balik ke KK (kota kinabalu), 2 Jan ni. Aku frust sebab tak dapat cuti lama-lama. 


Eh, korang tak bosan ke baca entri ni? Dahlah tulisan kaler pink, ayat berjela-jela, berpinar-pinar biji mata nanti. Jap eyh, sikit lagi.


  ***************************************************************************


Hari tu, aku dengan kawan aku, Sharon pergi centre point. Saja jalan-jalan. Sebab aku malas nak pegi 1b, 1b pun dah boring dengan aku. Takpa, aku paham. Tiba-tiba, ada suatu kuasa yang menarik aku ke Popular. Actually, setiap kali pegi cp, aku akan pegi Popular jugak. Tapi, hari tu lain macam punya feel. Tiba di Popular, aku tengok ramai gilew orang. Aku just masuk tanpa pedulikan crowded di situ. Then, aku ternampak ada banyak koleksi buku pakcik Ramlee Awg Murshid kat situ. Ko tau tak punya susah gwa cari koleksi buku pakcik RAM tu? Tiba-tiba suara hati aku bertukar nada jadi  mat rempit.


Lepas beberapa minit baru aku perasan pakcik RAM ada di situ. So, aku pun borong buku beliau and beratur untuk mendapatkan signature. Excited Gila jumpa favorite writer. Bahahaha...



Signature RAM dengan nama aku sekali



Antara buku yang terbeli..hehe..


Aku pun gembira sambil buat promo pasal signature RAM. Ramai kawan jealous sebab tak dapat signature...wakaka!


Beberapa hari lepas pulak, kami (aku, kakak, adik aku eyan and kujai, dan abang aku) pergi jungle tracking. Masuk hutan. Mula-mula aku cool je, lama-lama aku makin histeria sebab ada banyak pacat. Nak taip nama binatang ni pun aku boleh goosebump. Cis! Geli betul aku dengan benda ni, sekarang pacat berada di ranking 1 mengalahkan cicak yang jatuh pada ranking ke2.



Say no to pacat


Aku nak upload gambar ni pun aku geli. Ouww! GELIIIIIIII!!!
google pics



udani carpet..teehee :p




climbing


















Korang suka masuk hutan tak? Best jugak, aku dah beberapa kali masuk hutan. Sebab aku tak minat dengan pantai..hehe. :p





FAREWELL 2013!











Happy reading and thank you!

1 comments:

Aniq Bukhary on Tuesday, December 31, 2013 said...

Selamat tinggal 2013. Semoga tahun baru yg bakal tiba membawa satu sinar kebahagiaan buat kita semua

Post a Comment

Be nice, be yourself. Rude people suck.

Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting