Pages

Monday, 26 May 2014

Peminat Sukan berjiwa kental @_@

Posted by Jade at 11:58
                                                             Assalamualaikum..





Hari ni nak cerita pasal Thomas Cup yang berlangsung semalam.

Tahniah kepada team badminton Malaysia walaupun tak dapat menang Thomas Cup tahun ni. Sedih betul. Tahniah jugak kepada Jepun sebab dapat menang Thomas Cup and jadi sebahagian daripada pemenang Thomas Cup. Liat betul diorang nak kalah, geram aku! Untuk pengetahuan kalian semua, pemenang gelaran Thomas Cup terbanyak adalah Indonesia iaitu sebanyak 13 kali, Jepun sebanyak 9 kali dan Malaysia sebanyak 5 kali.

Semalam, perseorangan pertama yang bagi mata kepada Malaysia sudah semestinyalah pemain nombor 1 dunia Datuk Lee Chong Wei (ni baru orang yang layak dapat gelaran Datuk, banyak berjasa dengan Malaysia) eh eh sempat lagi kau cakap pasal benda lain kan. Balik kepada cerita, lepas tu double pertama Malaysia Tan Boon Heong dan Hoon Thien How kalah pulak dengan pasangan Jepun. Chong Wei Feng pun kalah dengan Jepun. Lepas tu double kedua Malaysia bagi sedikit harapan dengan menang secara rubber game. 

Aku rasa player yang paling stress and pressure adalah Liew Daren, kesian dia. Tak senyum langsung sampai habis. Sedangkan aku pun kecewa dan stress, apa lagi dia yang tengah berjuang. Tak apa Bro Daren, kami nampak usaha anda untuk menang! Walaupun kalah, bukan kalah dengan straight set ok, kalah main rubber game. Nampak semangat Daren yang kuat. Lagipun pemain Jepun, Takuma Ueda dapat mata kebanyakannya dari salah Daren selain dari dia hebat bermain di jaring.

In my opinion, rules setiap servis dapat mata ada advantages and disadvantages. Itu, lu pkirlah sendiri kan.

Aku rasa aku dah macam pengulas sukan pulak bila bercerita pasal Thomas Cup ni kan. Hikhik T_T. Aku bukannya apa, dah bertahun rasanya aku tak menonton perlawanan badminton, bola sepak dan segala jenis sukan. Semalam baru tengok balik. Aku punya semangat kesukanan ni agak tinggi. Eceh.. Aku suka sangat dengan sukan. Tak sabar nak tengok sukan komanwel Julai nanti! Yeay! 


Walaupun tajuk tu dah macam bikers jiwa kental, tapi tak ada cerita pasal bikers kat sini eh.






Bye bye!





Happy reading and thank you!

0 comments:

Post a Comment

Be nice, be yourself. Rude people suck.

Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting