Pages

Wednesday, 15 October 2014

Random Post: Visting and Acting!

Posted by Jade at 10:08
                                                              Assalamualaikum...








Hello! Senyap je blog aku beberapa hari ni kan. Silent kau jah! Bukannya apa, aku busy nak dekat final ni. Bahang final sudah terasa sehingga rasa macam nak demam sebab terlampau study pasal otak. Otak kita pun tak paham pasal otak @#$%!


Visiting

Namun begitu, eceh... hari isnin yang lepas, 13 Oct 2014, kelas aku pergi buat lawatan ke kawasan klinikal iaitu Rumah Orang Tua. Aku ingatkan bolehlah pergi jauh sikit, rupanya area Tampoi je. Itu adalah kali pertama Iolls melawat Rumah Orang Tua. Sebelum ni, semasa plkn aku pernah melawat kanak-kanak OKU or Orang Kelainan Upaya. 


Aktviti yang kami lakukan adalah gotong-royong, menyuap patient (orang tua) dan selfie. Yes! Selfie itu pasti! Even ada seorang auntie (patient) ni pun join selfie jugak. Lepas tu gembira bila tengok gambar dia ^_^. Comel je auntie tu. hehehe.. Tapi aku tak ada gambar nak show sebab mengambil gambar pesakit adalah salah yer kalian! Kalau ambil pun, tak boleh upload kat mana-mana media social. Cukup sebagai kenangan dan buat report sahaja. Oh, cakap pasal report, aku tak buat lagi. mihmihmih *_*



Acting


Pada minggu lepas pulak, kami ada aktiviti jugak. Kami akan disguise jadi OKU di tempat awam. Yes, DI TEMPAT AWAM. Kami (me and my classmates) buat aktiviti ni di 3 tempat, Plaza Angsana JB, Giant Tampoi & @mart Kempas. Antara 3 tempat ni mesti korang pernah dengar pasal Plaza Angsana je kan? Melainkan anda tinggal area Kempas.


Group aku pulak buat kat @mart Kempas. Aku jadi therapist, 3 orang group member aku jadi OKU. Seorang pakai axilla crutches, elbow crutches dan wheelchair. Aku dah pernah pakai ketiga-tiga benda ni. Memang susah! Nasib baik orang dekat tempat ni baik-baik belaka. Diorang tolong tolak wheelchair, tolong hantarkan makanan ke meja, tanya macam-macam. Dah macam jawab soalan dengan format 1H 5W dah. haha..


Aku punya peranan pulak sebagai therapist hanya menjadi pemerhati dari jauh. Tengok ada tak orang bantu members aku yang tengah buat kerja sungguh-sungguh ni. Nasib baik ada. I think, we should win an Oscar! Dengan aktiviti ni, kami sedikit sebanya dapat menyelami perasaan seorang oku. Sedih, susah, terharu dan macam-macam lagi. Mixed feeling gitu. Jadi, my advice, kalau nampak oku kat mana-mana tu, sila tolong ok!. Tapi selalunya golongan ni tak suka dibantu, mereka lagi suka berdikari.


Lepas tu, kena buat report jugak, nasib baiklah dah siap.


Ok, siap untuk entri ni. Sorry, boring post without pictures. @_@





Happy reading and thank you!

xoxo






These celebrity agents need your help to solve a mystery. You won’t be able to say no to the reward.







2 comments:

nana liena on Wednesday, October 15, 2014 said...

tolong setakat mana yg kita mampu, ada yg suka berdikari,so kita bagi mereka ruang. cth mcm dlm public transport o kat tempat umum

Asffa on Wednesday, October 15, 2014 said...

betul tu nana..:)

Post a Comment

Be nice, be yourself. Rude people suck.

Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting